Penyanyi Wani Kayrie menafikan sudah bertunang dengan Afieq Shazwan.

Gambar yang dimuatnaik di Instagram bersama penyanyi lelaki itu hangat diperkatakan apabila ramai yang menyangka pasangan teman tapi mesra ini sudah bertunang.

” Itu bukan majlis pertunangan kami, sebaliknya kakak Afieq yang bertunang. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi salah faham,” katanya. 

Penyanyi lagu Saat Terindah itu membuat penjelasan bagi mengelakkan timbul salah faham kerana hubungannya dengan Afieq Shazwan masih lagi sekadar ‘teman tapi mesra’.

“Saya hanya hadir memeriahkan rumah terbuka keluarga Afieq yang diadakan serentak dengan majlis pertunangan kakaknya,” katanya. 

Penyanyi itu memberitahu dia masih belum bertudung sebaliknya berpakaian menutup aurat bagi menghormati majlis yang dihadirinya.

Sementara itu, Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

” Tak sangka pula kehadiran Wani mengundang spekulasi begini. Kami sibuk dengan beberapa sesi rakaman selepas majlis pertunangan kakak, bukan berniat untuk mengelak dari pertanyaan,” komennya. 

SGMS Faida