Categories: Oh Lawa

Inilah cara guna & pilih jenis minyak muka yang sesuai dengan kulit anda

Adakah produk minyak wajah sebahagian daripada rutin kecantikan anda? Jika tidak, mungkin anda patut cuba menggunakannya untuk mendapatkan wajah yang berseri, walaupun kulit muka anda adalah jenis berminyak.

Produk ini kaya dengan nutrien seperti vitamin C, asid lemak penting dan antioksida. Minyak mampu menembusi kulit wajah untuk melindunginya dengan mewujudkan satu lapisan kulit yang dipanggil lipid barrier.

Berminat? Pelajari cara memakai minyak muka yang betul dan cara memilih jenis minyak yang sesuai untuk kulit anda.

Teknik penggunaan:

1. Campurkan dengan serum atau krim pelembap

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gabungkan minyak dengan serum (untuk memulih) atau krim pelembap (untuk mengekalkan kelembapan).

2. Pakai berdasarkan keperluan kulit anda

Pakai minyak selepas memakai serum. Jika perlu, sapu pada  bahagian kulit kering daripada memakainya pada seluruh muka.

Bergantung pada jenis kulit anda, anda mungkin patut pakai sebelum tidur supaya kulit boleh menyerapnya semalaman dan melindungi anda pada siang hari.

Sesetengah minyak boleh meningkatkan sensitiviti kulit anda terhadap cahaya dan membuatkan kulit anda tampak lebih “bersinar”.

Jika anda berkulit kusam, gunakan minyak muka sebagai primer sebelum memakai solekan. Biarkan ia serap sepenuhnya untuk mendapatkan seri kilauan yang tampak semula jadi.

3. Pedap minyak ke dalam kulit

Jangan sesekali gosok kulit anda dengan minyak ini seperti anda menyapu pelembap. Sebaliknya, pedap dan tekan ke dalam liang pori. Tindakan ini akan membantu kulit anda serap minyak itu dan gunakan kebaikannya dengan lebih cepat.

4. Anda hanya perlu beberapa titik

Foto: Your Best Digs

Memandangkan minyak muka mengandungi jumlah nutrien yang pekat, sedikit sahaja jumlah minyak boleh beri khasiat yang banyak.

Satu ke tiga titik sudah mencukupi untuk meliputi seluruh kawasan muka anda dan menawarkan manfaat yang diperlukan.

Pemilihan minyak muka

Untuk menikmati kebaikan minyak muka, anda perlu menggunakan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

1. Kulit berusia

Kulit jenis ini kurang menghasilkan minyak semula jadi, jadi ia mudah kering dan ini akan menyebabkan kedutan.

Minyak muka boleh mengurangkan kedutan dengan kandungan antioksidanya, menembusi kulit dengan cepat dan mengekalkan kelembapan. Antioksida juga menggalakkan penghasilan kolagen serta menguatkan keanjalan kulit.

Minyak terbaik: Argan atau rose hip seed

2. Kulit kering

Minyak muka yang mampu diserap dengan cepat dan kaya dengan nutrien membantu melembap dan melicinkan kulit anda.

Bagi kulit kering, anda mungkin ingin menggunakan serum yang menghidrat terlebih dahulu sebelum memakai minyak yang melembapkan untuk mengunci manfaat daripada serum berkenaan.

Minyak terbaik: Maracuja, argan, zaitun, bunga matahari, jojoba atau kelapa

Foto: ProductNation

3. Kulit berminyak atau mudah berjerawat

Tindakan menghapuskan kesemua minyak semula jadi daripada kulit boleh menyebabkan lebih banyak minyak untuk terbentuk.

Sesetengah minyak dapat mengimbangi penghasilan minyak semula jadi pada muka anda selain dapat menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan, lalu mengecilkan liang pori.

Minyak terbaik: macademia, jojoba, tea tree atau bunga Camelia

4. Kulit sensitif atau rosak

Antioksida yang melawan radikal bebas juga melindungi kulit anda daripada kerosakan dengan mengurangkan oksidasi sel, iaitu sebuah proses yang mana kulit berusia.

Dengan melawan radikal bebas, produk yang mengandungi minyak primrose atau vitamin E, dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.

Pakai krim pelindung matahari selepas pakai minyak muka setiap pagi. Minyak muka mempunyai ciri antikeradangan, jadi ia boleh menenangkan kulit serta mengurangkan ruam.

Minyak terbaik: Primrose, argan atau yangu

Semoga bermanfaat!

Ad Ops