‘Bukan Akaun Instagram Anak Saya’ – Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir memaklumkan buat masa ini dia masih belum lagi mewujudkan akaun Instagram anaknya, 

Menerusi laman Instagram, pelakon yang baru melahirkan anak pertama pada 31 Mei lalu ini faham dengan niat baik individu berkenaan yang mahu mewujudkan akaun IG buat anaknya.

“ Sangat murni niat pengguna IG ni tapi ini bukan Eidress punya IG. Nanti bila mummy senang mummy buatkan. Sekarang saya sengaja buat mummy busy so dia boleh fokus kat saya,” tulis Anzalna.

Akaun Instagram yang diikuti 2230 pengikut ini sudah memiliki tujuh keping gambar buat masa ini.

Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidress.

SGMS Faida