Categories: HiburanSelebriti

Benar! Wanita Itu Kekasih Syazwan Zulkifly

Menulis Selamat Pagi berserta simbol hati menerusi caption di akaun instagram miliknya, Syazwan akhirnya diserang peminat dengan pertanyaan siapakah agaknya gerangan gambar wanita yang dimuat naik menerusi akaunnya itu.

Mengakui gambar wanita yang dimuat itu adalah kekasih hatinya, namun segelintir netizen sedikit pelik apabila Syazwan jarang sekali berkongsi hal peribadi beliau menerusi sosial media terutamanya melibatkan orang tersayang.

Syazwan  sebelum ini pernah popular menerusi watak Pali dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda bagaimanapun masih tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat.

“Kami sudah lama kenal dan sudah cukup tahu hati budi masing-masing, soal jodoh biar Allah tentukan. Yang pasti bukan dalam masa terdekat, kerana sekarang ini saya terikat dengan komitmen kerja” Katanya.

Tambahnya lagi, kekasihnya itu merupakan seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan. 

Salma Syahbuddin