Bengang Digelar Sombong, Ezzaty Abdullah Tuju Pada Siapa Tu? – “Dia Rasa Dia Bagus…”

Pelakon Ezzaty Abdullah terkilan apabila ada pihak yang menuduh dirinya seorang yang sombong.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pihak tersebut terus menghukum tanpa menegur dan cuba untuk mengenali dirinya terlebih dahulu.

“Kejam betul manusia-manusia yang menghukum seseorang itu sombong tanpa menegur atau mengenali orang tu dulu. Zaman fitnah dah berleluasa,” katanya.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia memilih untuk melihat dari sudut yang positif dan tidak mahu mengambil peduli perkara yang negatif.

“Jauhi orang-orang zalim dan negatif ni. Biarlah dia rasa dia betul dan bagus. Yang penting, kita jadi orang yang merendah diri.

“Kalau orang tegur, kita senyum dan berbual la sekejap. Kalau dia tak tegur kita tapi cakap kita sombong biarkan dia. Kita tak rugi apa-apa pun. Peace,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, pengikutnya memberitahu Ezzaty merupakan seorang yang merendah diri dan tidak sombong setelah bertemu beberapa kali.

Maya Basir