Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Sebelum ini, heboh dakwaan pelakon Afiq Muiz yang dituduh memukul bekas isteri, Pachara Emmanuel Apin sehingga patah jari dan kaki di media sosial.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nasihatkan Da’i Syed, Bekas Isteri Dakwa Afiq Muiz Kaki Pukul? – “Kau Buat Aku Patah Kaki & Jari, Tu Dipanggil Apa…?”

Tidak berdiam diri, adik Afiq iaitu pelakon Aishah Azman tampil membidas dakwaan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya yang mendakwa Pachara melemparkan fitnah terhadap abangnya itu.

Malah, menerusi perkongsian tersebut Aishah mendakwa Pachara curang terhadap suami dan aktif bersosial di kelab malam.

“Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, makan bab*, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang victim,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi perbualan WhatsApp disyaki antara Pachara dan seorang lelaki.

Menerusi hantaran sama, Aishah turut menegaskan dia tiada niat untuk membuka aib keluarga, namun hanya mahu membersihkan nama abangnya itu.

“Jangan dengar sebelah pihak, saya tahu apa awak buat. Duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai. Jangan sebarkan fitnah.

“Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabut fitnah pada abang saya,” tulisnya.

Aktres Bukan Cinta Aku itu turut berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak Pachara menimbulkan sebarang kontroversi dan fitnah lain.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada mulut Afiq sendiri mengenai isu yang melanda dirinya.

Aqilah Paharuzi