Berang Dengan Rakan Kerja, Bekas Ustazah Didakwa Memukul Hingga Parah Gara-Gara…

Seorang bekas ustazah di sebuah sekolah rendah agama (SRA) didakwa menyebabkan kecedaraan parah kepada rakan di tempat kerja selepas mangsa menuduhnya keluar dengan seorang lelaki di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Memetik laporan The Star, tertuduh, Nurul Hidayah Khairuddin, 24, mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mazana Sinin pada Selasa.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurul Hidayah telah menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa, Nurul Nadirah Ahmad Ropie, 24 dalam sebuah pergaduhan.

Oleh itu, kesalahan tersebut didapati berlaku di Kelas 2 Omar di SRA Jabatan Agama Melaka (JAIM) daerah Melaka Tengah pada 2.40 petang pada 28 September 2022.

Sehubungan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama yang memerlukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika didapati bersalah.

Pertelingkahan tersebut berlaku dikatakan sebab tertuduh berasa marah apabila mangsa memfitnah dirinya dengan memaklumkan kepada guru besar sekolah tersebut menyatakan bahawa tertuduh telah keluar berdua dengan lelaki lain.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman.

Disebabkan itu, mahkamah memaklumkan bahawa tertuduh juga telah ditamatkan perkhidmatannya susulan insiden tersebut.

Walaubagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM3,000 dan tarikh sebutan semula telah ditetapkan pada 13 Mac depan.

Sumber: The Star, mStar

Atiqah Johari