Berdasarkan Kisah Benar, Mallbatt: Misi Bakara Tampilkan Lakonan Hebat Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim & Ramai Lagi

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar, Malbatt: Misi Bakara akan menemui penonton di pawagam pada 24 Ogos ini.

Pengarah filem dan penerbit, Adrian Teh mengesahkan bahawa filem yang berunsurkan semangat patriotisme ini sudah sedia untuk dipertontonkan sempena sambutan bulan kemerdekaan nanti.

Menurut pengarah filem Paskal the Movie dan Wira ini, idea asal tercetus apabila dia menonton sebuah filem yang berjudul Black Hawk Down, mengisahkan tentang perjuangan yang sama tetapi dia mengambil dari sudut pandangan Malaysia sendiri.

“Saya terpanggil untuk menceritakan kejadian sebenar kepada semua. Oleh itu, saya telah mengerahkan segala sumber, usaha, kepakaran dan teknik penggambaran untuk menyiapkannya.

MALBATT: Misi Bakara adalah filem yang paling sukar untuk saya hasilkan namun saya berharap semua orang akan berpuas hati dengan hasilnya kelak,” jelasnya ketika Majlis Pelancaran filem MALBATT: Misi Bakara.

Tetamu kehormat yang hadir ketika majlis itu berlangsung ialah Panglina Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman yang turut memberikan ucapan serta menyempurnakan majlis tersebut.

Harapan beliau adalah agar filem ini dapat memaparkan fakta sebenar tentang peristiwa bersejarah ini kera ia berdasarkan maklumat daripada individu yang terlibat dalam pertempuran tersebut.

“Adalah penting fakta sebenar ditonjolkan demi menghargai pengorbanan mereka yang telah menyabung nyawa untuk menyempurnakan amanah negara,” jelasnya.

Filem ini membawakan barisan pelakon hebat yang terdiri daripada Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Izzi Farhana