Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika.

Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh @irahhashim di TikTok memaparkan dua beradik itu sedang bertelingkah dengan melepaskan segala rasa tidak puas hati sesama sendiri.

Susulan daripada entri tersebut, Sajat seperti tidak dapat menahan air mata dan menyalahkan adiknya yang ingin menumpang popularitinya.

“Semua salah kau! Ajat tak pernah jealous dengan dia pun, Ajat tak pernah dengki dengan dia pun,” ucap Sajat.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata wargamaya terhibur melihat pergaduhan dua beradik itu dan menyifatkan Sajat seorang yang lemah lembut manakala adiknya pula seorang yang ganas tidak seperti abangnya.

“Sajat emotional, adik dia cool je,” tulis seorang netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 971,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka.

Halimey Zamal