Beri Sokongan & Semangat Buat Safawi Rasid, Syifa Melvin Bangga Dengan Harimau Malaya

Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin meluahkan rasa syukur dan bangga selepas kemenangan perlawanan bola sepak berpihak kepada pasukan Harimau Malaya menerusi Instagram Story semalam.

“So proud! Alhamdulillah, syukur,” tulis Syifa

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin merupakan kekasih pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid sekali gus memberi sokongan buat pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Selain itu, Syifa juga sentiasa mempertahankan dan memberi semangat kepada pemain itu ketika dikecam netizen akibat aksi hambarnya di padang dan Malaysia tewas.

Bagaimanapun, aksi Safawi tidak menghampakan selepas berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti pada perlawanan penting skuad negara malam tadi menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Malaysia berjaya memperoleh kemenangan besar sebanyak 4-1 yang melayakkan pasukan itu untuk beraksi ke Piala Asia, tahun depan dengan pimpinan jurulatih, Kim Pan-gon.

Jurulatih berpengalaman dari Korea Selatan itu ternyata berjaya menyahut cabaran dan mengotakan janjinya untuk membawa perubahan dalam skuad negara yang dilihatnya berpotensi.

Selain Safawi, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok turut turut menumbang kejayaan skuad negara dalam membenam Bangladesh 4-1 bagi aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu.

Manakala, gol saguhati pelawat diraih melalui tandukan Mohammad Ibrahim di minit 31.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain