Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 17, 2023 @ 2:00pm

Beri Sumbangan RM20,000, Daiyan Trisha Sokong Palestin Secara Terbuka.. Tak Kisah Jejaskan Hubungan Bersama Jenama Antarabangsa

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang teruk direjam oleh zionist secara terbuka di Instagram miliknya.

Menyedari perkongsiannya itu akan memberi kesan kepada jenama-jenama terkemuka yang pernah bekerjasama itu, Daiyan bagaimanapun tetap berpendirian teguh untuk menentang Israel.

Jelas pelantun lagu Penat itu dia mempercayai bahawa rezeki dari Allah SWT itu sangat luas dan tidak berkurangan meskipun terpaksa melepaskan sesuatu.

“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya.

“Saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama. rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini alhamdulillah.

“Oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.

“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. selama in saya kerap bersuara,.

“Dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diktiraf di persada yang berbeza – malah saya akan bersuara dengan lebih lantang. dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, la adalah sekarang .

“I STAND WITH PALESTINE. Saya sudah pun menyalurkan RM20,000 menerusi Persatuan Cinta GAZA Malaysia,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pula, Daiyan memohon maaf atas kelewatannya dalam bersuara isu kekejaman zionist terhadap Palestine.

“Saya nak minta maaf atas sedikit kelewatan dalam bersuara. Over the weekend my team and i had to discuss on what’s best to go about this since i am globally tied.

“Dalam pekerjaan, kita harus berakhlak dan beradab, and i believe that when our intentions (niat) is communicated sincerely it will be received with an open heart.

“I cherish every opportunity that comes my way, and i respect every brand that i work with. but when it comes to a higher and bigger purpose, everything else comes second. My heart is and always will be with Allah and the ummah,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran Daiyan itu meraih pelbagai tumpuan netizen yang mengucapkan terima kasih atas keberaniannya untuk bersuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Filem Mon, 6 May 2024
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Contest Thu, 25 Jul 2019
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

‘Mau But Malu’ Curi Hati, Allan Andersn Angkat Kisah ‘Friendzone’ Dengan Irama Groovy

Allan juga merancang melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album seterusnya

Featured Wed, 22 May 2024
error: Content is protected !!