Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

Personaliti Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen memiliki kereta impian.

Menerusi entri tersebut, Aisyah menzahirkan rasa syukurnya bersama kereta idaman iaitu Porsche Carrera 911 4s Cabriolet berwarna hitam.

“Alhamdulillah ala kulli hal, haza min fadhli Rabbi.

“Dari kecil suka tengok kereta ni. Selalu doa, semoga one day nanti Aisyah ada kereta ni.

“Semoga segala nikmat hanya menjadikan Aisyah dan Alif sentiasa down to earth, lebih bersyukur dan tidak lupa diri.

“Terima kasih untuk semua yang ada dalam jalan cerita hidup Aisyah daripada dulu sampai sekarang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya mengucapkan tahniah dan ada juga yang berbangga dengan kejayaan Aisyah yang masih muda itu.

“Masya-Allah congratulations Aisyah!

“Alhamdulillah proud of you, boleh bawa kitaorang jalan-jalan makan ni.

“Kita sebaya tapi awak jauh kedepan dari saya. Tahniah atas kejayaan awak. Saya bangga tengok awak berjaya sampai tahap ini,” tulis netizen.

Menerusi carian di internet, harga kereta mewah dua pintu itu mencecah hampir RM1 juta.

 

Halimey Zamal