Hiburan By: Maya Basir November 17, 2023 @ 6:09pm

Berkongsi Kisah Percintaan, Rupanya Ina Naim Lamar Suhaimi Saad – “Sama Macam Dia Pilih Tunang Pertama Dulu…”

Selepas pemergian penyanyi Suhaimi Saad pada Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham yang berkongsi tentang kisah percintaannya dengan isteri iaitu Ina Naim.

Menerusi rakaman video siaran langsung di TikTok tersebut, Suhaimi mendedahkan Ina yang terlebih dahulu jatuh hati di awal perkenalan mereka.

“Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang.

“Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi tengok kebaikan yang ada pada saya.

“Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu orang yang kaya, dia tak akan pilih saya,” kongsinya.

Pada masa sama, dia turut menyimpan perasaan sama terhadap Ina dan menyifatkannya sebagai wanita yang baik dan lemah lembut.

“Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ni tak ada apa-apa.

“Saya pun terus terang kepadanya saya memang suka Ina sebab dia seorang yang baik, lembut dimana ada ciri-ciri isteri yang taat.

“Jadi, saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya.

@nextchapter2.0 Part 8 : Dah siang la, cepatnya! #kisahcinta #suhaimisaad #inanaim #salamtakziah #alfatihah #dalamkenangan #CapCut #templatecreator #templatecapcut #fyp ♬ original sound – nextchapter2.0

Suhaimi dan Ina mula berkenalan sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama dan saling bertukar nombor telefon.

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Rabu lalu, Suhaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Tentang Arwah Suami, Netizen Kagum Lihat Reaksi Wajah Ina Naim – “Dia Dah Reda… Tenang & Tabahnya!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Oct 2021
Trending Sun, 8 Nov 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Mesra Bersama Ezzanie Jasny Heroin ILYS, Noki K-Clique Dah Ada Kekasih? Ramai Patah Hati!

Wahhh, nampak sepadan lah Noki dengan Ezzanie 🥰 Jangan patah hati ok gais!

Trending Sat, 4 May 2019

Nurul Hidayah Merayu Beri Peluang

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan bapanya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Trending Sun, 7 Nov 2021

“Abang Tak Bersalah” – Jadi Alasan Suami Isteri Bercerai, Aaron Aziz Luah Rasa Sedih

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila namanya menjadi antara punca remeh kes perceraian pasangan Islam di negara ini. Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman […]

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti.

error: Content is protected !!