Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 19, 2022 @ 2:00pm

Berlakon Sudah, Main Badminton Pun Sudah! Kalini, Mampukah Members Menyahut Cabaran Memasak Bersama Cef Sherson Pula?

Nampaknya, tugasan kelima-lima members semakin sukar pada setiap minggu. Untuk episod lalu, members bukan sahaja diberi tugasan bermain badminton bersama lagenda badminton negara tetapi juga cara untuk mengawal pukulan ketika perlawanan. Ala… macam cerita Anak-Anak Sidek dulu.

Namun, untuk episod ke-6 kali ini penonton bakal menyaksikan keletah 5 members menyediakan makanan bersama cef antarabangsa, Cef Sherson Lian yang juga sangat terkenal menerusi program terbitan TV3, 5 Rencah 5 Rasa.

Tapi persoalannya, pandai ke members yang bujang-bujang ni semua memasak menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur Cef Sherson?

 

Apapun, cabaran minggu ini juga sangat menguji pengetahuan asas mereka terhadap bahan-bahan masakan apabila members diminta untuk pergi ke pasar membeli barang-barang keperluan mengikut perbelanjaan yang diberikan oleh pihak produksi. 

Dan, apa yang lebih suspen adalah, semua masakan yang disediakan oleh members haruslah diadili oleh Cef Sherson.

Jadi, kalau korang nak tahu berkecah ke tidak dapur Cef kita, korang kenalah saksikan Master In The House Malaysia malam ini, 19 Februari,pukul 10.00 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

《叶问4:完结篇》上映10天蝉联票房冠军宝座!

2019巨制电影《叶问4:完结篇》冲出中文电影票房纪录,连续10天荣获大马票房冠军再创新纪录!

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

Featured Tue, 16 Aug 2022
Trending Wed, 31 Mar 2021
Trending Tue, 7 Aug 2018

Nazrin Hassan’s Death Now Classified as Murder Case

The Fire and Rescue Department’s report showed that there’s foul play involved.

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

error: Content is protected !!