Hiburan By: SGMS Faida April 26, 2019 @ 7:04pm

Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun!

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu.

“ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya membina empayar Shalicious Sdn Bhd.

“ Tamat persekolahan saya mula berniaga antaranya buah mangga, jeruks asam boi seterusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik,” katanya kepada XTRA.

Selepas setahun aktif berniaga produk makanan, Sha berjaya mengumpul modal memulakan perniagaan kosmetik Shalicious.

“ Mula-mula berniaga kosmetik, memang ‘sendu’ jugalah memandangkan pengikut saya di Instagram hanya 2000 orang pada waktu itu.

“ Saya bekerja keras untuk bergelar selebriti di media sosial sekaligus melonjakkan perniagaan saya hingga ke tahap.

“ Dalam masa setahun, saya berjaya menjana RM1 juta ringgit dengan kos RM40,000 kos permulaan,” katanya.

Sha Hasan yang sudah berkahwin turut menasihatkan agar anak muda yang berminat menceburkan diri dalam dunia perniagaan tidak cepat mengalah.

Sementara itu, Shalicious Empire Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk terbaru iaitu BB Cushion bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.
 
BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.
 
Pelancaran BB Cushion ini telah dimeriahkan oleh agen stokis yang mempunyai jumlah jualan tertinggi serta dihadiri oleh instafamous atau influencer sebagai salah satu pendekatan syarikat untuk memasarkan BB Cushion agar diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Puan Sha Hasan selaku founder dan pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata “Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan menghargai semua yang menyokong perkembangan Shalicious sejak syarikat ini ditubuhkan sehingga sekarang. Sokongan penuh semua pihak amat bermakna dan majlis ini juga diadakan bertujuan meraikan agen dan stokis terbaik yang memiliki pencapaian jualan tertinggi.”
 
BB Cushion yang akan menembusi pasaran Indonesia dan Brunei selain Malaysia bakal dijual secara rasmi bermula 25 April 2019 sejurus selepas ianya dilancarkan. Ia sudah mula dijual secara pre order bermula 4 April 2019 pada harga RM 77 sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Mark Adam Benar-benar Menyesal Dan Minta Maaf

Lagi kes body shaming, kali ini giliran Mark Adam pula tampil mohon maaf!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Bergurau Tak Kena Tempat, Kan Dah Kena Tangkap!

Pemilik nama Yang Kaili atau lebih dikenali sebagai Li Ge telah dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang Lagu Kebangsaan China.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Rapat Dengan Mak Mentua, Puteri Sarah Dedah Sering Kongsi Masalah Bersama

Pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya sangat akrab bersama ibu mentua, Datin Patimah Ismail. @kedahanfans Mak mentua rapat dengan Puteri Sarah #kedahanfans ♬ Sungguh Aku Mencintaimu – Ricky Rantung Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh […]