Bernikah Dengan Jejaka Dubai, Pengurus Laudya Cynthia Bella Tepis Dakwaan!

Pelakon jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 34, dikhabarkan telah menemui cinta baharu dan sudah bernikah dengan seorang jejaka Dubai, baru-baru ini.

Memetik laporan media Indonesia, berita tersebut mula menjadi bualan netizen selepas sebuah video majlis pernikahan seorang wanita yang didakwa seakan-akan Laudya tular di TikTok.

@gosipsekarang ALHAMDULILLAH SAH ! LAUDYA CHINTYA BELLA RESMI DI PERSUNTING PANGERAN ARAB ASAL DUBAI#beranda #tampil #fyp #menikah #laudyacynthiabella ♬ suara asli – GosipSekarang

Namun, pengurusnya yang dikenali sebagai Rita tampil menepis dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan khabar angin itu tidak benar.

“Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik,” katanya.

Terdahulu, kisah percintaan Laudya bersama pemuda Dubai itu hangat diperkatakan netizen Indonesia di media sosial sejak beberapa bulan lalu selepas pelakon Shireen Sungkar bertemu dengannya yang kini dipercayai sudah menetap di negara berkenaan.

Sebelum ini, Laudya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan bercerai pada 2020.

Sumber: Harian MetroPelakon jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 34, dikhabarkan telah menemui cinta baharu dan sudah bernikah dengan seorang jejaka Dubai, baru-baru ini.

Memetik laporan media Indonesia, berita tersebut mula menjadi bualan netizen selepas sebuah video majlis pernikahan seorang wanita yang didakwa seakan-akan Laudya tular di TikTok.

Namun, pengurusnya yang dikenali sebagai Rita tampil menepis dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan khabar angin itu tidak benar.

“Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik,” katanya.

Terdahulu, kisah percintaan Laudya bersama pemuda Dubai itu hangat diperkatakan netizen Indonesia di media sosial sejak beberapa bulan lalu selepas pelakon Shireen Sungkar bertemu dengannya yang kini dipercayai sudah menetap di negara berkenaan.

Sebelum ini, Laudya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan bercerai pada 2020.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain