Bertarung Nyawa Di ICU, Azrul Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Anak bongsu pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, 43, Nur Raudhah Batrisyia kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Beritahu Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin kepada Harian Metro, anaknya yang berusia 11 bulan itu sudah dirawat di wad itu sejak 11 hari lalu.

“ Doktor sudah mengambil cecair dari tulang belakang untuk memeriksa jenis kuman yang aktif menyerangnya.

“Setakat ini, doktor beritahu keadaan anak saya stabil, cuma pihak hospital masih melakukan pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Bapa kepada lima anak ini berkata, anak bongsunya itu pada mulanya mengalami demam.

Doktor memberitahu hanya demam biasa selepas dibawa ke klinik, dua minggu lalu.

Pada sebelah malam selepas mendapatkan rawatan di klinik, demam dan batuk semakin teruk menyebabkan Azrul terus membawa anaknya ke hospital dan ditahan di ICU.

SGMS Faida