Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Penyanyi ‘Putus Terpaksa’,  Siti Roziana Zain atau Ziana Zain, 49, khabarnya sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, tahun.

Peguam pemerhati dilantik Ziana, Luqman Mazlan mengesahkan pasangan suami isteri itu tidak lagi tinggal bersama malah difahamkan Ziana telah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Syarikah Shah Alam pada 3 April lalu.

Pun begitu daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai. 

Luqman ditemui di luar mahkamah pagi tadi selepas kes terhadap Armin disebut di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu ditangguhkan untuk sebutan semula pada 15 Mei depan.

Pada 8 Mac lalum Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di rumahnya di Denai Alam. Shah Alam selepas ditangkap paa 2 Mac lalu berikutan laporan polis dibuat Ziana sendiri pada 27 Februari lalu.

Melalui video yang dimuat naik BH TV, kelihatan Armin mengelak dan melarikan diri daripada pihak media melalui pintu belakang sebaik prosiding mahkamah selesai. Armin yang mengenakan kemeja putih dilihat hadir di mahkamah berseorangan pada pukul 9 pagi.

Mengikut pertuduhan, jika sabit kesalahan Armin boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau rotan.

Dia kini bebas dengan ikat jamin berjumlah RM5,000, dibayar oleh adiknya.

SGMS Fas