Tiada Anak Alasan Berpisah, Deja Moss Reda

Selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Deja Moss reda dengan keputusan suami untuk menceraikannya.

Akui Deja, suaminya Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur minggu lalu.

Penyanyi berusia 45 tahun ini memaklumkan mereka tidak lagi tinggal bersama.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.

“Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat.  Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya.

Pemilik nama Sharifah Hadijah Wan Moss memberitahu antara alasan penceraian mereka kerana mereka tidak mempunyai anak.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh,” katanya yang kini reda.

Sabarlah Deja, pasti ada hikmah di semua ujian ini! Kata Deja lagi, dia kini fokus kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures untuk melupakan seketika masalah.

“Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya,” akhirinya.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 30 Ogos 2008.

 

Sumber: Sinar Harian

SGMS Faida