Categories: Trending

Pasal Uban Meghan Markle, Netizen ‘Naik Hantu’!

Alahai, uban punya pasal pun nak jadikan isu besar…beliau pun manusia biasa! Itu antara kata-kata netizen yang ‘naik angin’ apabila artikel menerusi majalan Marie Claire yang memberitahu Meghan Markle mempunyai sehelai uban. Ish ish…

Dek artikel berkenaan, pengikut-pengikutnya pun mulalah membahan! Uban saja kot…relax lah.

Artikel yang membangkitkan kemarahan netizen terutama pengikut bakal keluarga diraja ini, rata-ratanya menyerang laman web majalah itu di Twitter!

Dalam masa sama, ada yang menjadikannya sebagai bahan lawak. Pasal uban saja, kecoh sedunia!

Sumber: Dailymail.uk

Artikel tersebut bertajuk: ‘Meghan Markle Mempunyai Sehelai Uban’, sementara tajuk kecilnya ditulis ‘Dan itu luar biasa’.

Dalam artikel itu, ia merujuk kepada gambar Meghan dan Putera Harry yang berkunjung ke Catalyst Inc, sebuah taman sains di Belfast, Ireland Utara pada 23 Mac.

Walaupun artikel tersebut tidak memiliki elemen negatif atau berniat jahat, rata-rata pengguna media sosial tetap marah kerana ia dipaparkan untuk bacaan umum.

SGMS Faida