Categories: Gaya Hidup

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Cucur antara makanan yang paling mudah untuk disediakan oleh para ibu. Pastinya makanan ini antara yang digemari oleh seisi keluarga. Makanan yang berasaskan tepung ini boleh dipelbagaikan rasanya seperti cucur ikan bilis, cucur udang, cucur jagung, cucur sayur dan sebagainya. Yang pasti rasanya tetap sedap lagi-lagi makan bersama-sama orang yang tersayang! 

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat! Ia memerlukan teknik bancuhan yang betul tau! Kepada anda yang masih belum pakar dalam bancuhan tepung untuk membuat cucur ini, kami sediakan resepi untuk membuat cucur manis yang rangup dan lembut. Gerenti anda puas hati!

Foto: Youtube Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

2 Cawan tepung gandum

3 Sudu besar gula

Sedikit garam

2 Cawan air panas

Gula aising

Cara-caranya:

Campurkan tepung gandum, gula dan sedikit garam. Kacau sedikit. Kemudian tuangkan air panas dan kacau tepung sehingga menjadi likat. Seterusnya, basahkan tangan dan ambil sedikit adunan tepung tadi dan bentukkan menjadi bulat. Anda perlu kerap membasahkan tangan supaya semasa menbentuk adunan ia akan menghasilkan permukaan cucur yang licin dan cantik. 

Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru anda memulakan gorengan. Goreng sehingga menjadi warna kekuningan. Setelah itu angkat dan hidangkan. Taburkan sedikit gula aising mengikut citarasa anda. Siap untuk dinikmati bersama seisi keluarga!

Penggunaan air panas adalah berfungsi untuk mendapatkan cucur yang garing di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Memang sedap punyalah! Untuk lebih jelas anda boleh tengok video ini:

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin