Betty Rahmad Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah!

Betty Rahmad, adik bongsu kepada bintang Mak Cun, Erma Fatima dan Umie Aida, selamat melahirkan bayi lelaki, petang semalam.

Menerusi laman Instagramnya, Betty memaklumkan berita gembira itu. 

“ Salam Uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6.29 pm (I was in labor from 4 am to 6 pm from 3 cm dilated to 10 cm without epidural) and his weight is 3.26 kg. 

Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami syukur baby dan mummy all good,” tulisnya.

Tambah Betty, dia akan berkongsi gambar heronya itu selepas tamat tempoh berpantang.

Rata-rata netizen mengirimkan ucapan tahniah dan gembira dengan kehadiran bayi comel yang bakal melengkapi kehidupan rumah tangga Betty dan suami.

Terdahulu, Betty dan Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018 di Glamhall, Damansara Perdana.

SGMS Faida