Chazynash Kini Pegang Watak Utama Dalam Sitkom Terbaharu ntv7

Kemunculan pasangan suami isteri ini sudah sebati dikalangan masyarakat kita sebelum viralnya video #kekechallenge mahupun tik tok. Mana taknya, bermula dengan sebuah video pendek lucu dengan tema isu semasa, menyebabkan kedua-duanya semakin dekat dihati masyarakat.

Mula berkongsi video dengan followers nya melalui platform Vine sebelum mula aktif di laman facebook dan instagram, setakat ini Chazynash dan isteri sudah mempunyai seramai 617k pengikut dilaman instagram miliknya. Jadi sudah pasti, Chazy tidak akan mengambil masa yang lama untuk menjadi famous bukan?

Sumber : Instagram@chazynash

Chazynash atau nama penuhnya, Syed Fernarsh Syed Badlishah, 29, mengakui telah berkongsi kira-kira 250 video lucu dilaman sosial sehinggalah beliau dipanggil untuk membintangi sebuah sitkom berjudul SOS! dan memegang watak utama dalam siri ini yang bakal disiarkan disaluran ntv7 pada October depan.

” Penerbit mungkin memanggil kami membintangi siri 13  episod ini mungkin disebabkan followers kami yang ramai dan video pendek kami yang mempunyai treatment yang mungkin digemari oleh penerbit dan juga masyarakat yang sentiasa menyokong kami.” Katanya kepada xtra.com.my

Tambahnya lagi, beliau turut menyumbangkan sedikit idea dalam sitkom SOS! yang diarahkan oleh Azahari Ali.

“…idea ada sikit-sikit, tetapi sepenuhnya adalah daripada director itu sendiri”

Sumber : instagram @chazynash

Mengakui terdapat sedikit cabaran berdepan dengan kamera dan sebagainya, Chazy dan isteri bagaimanapun dapat mengatasi masalah tersebut pada hari kedua penggambaran memandangkan krew produksi banyak membantu pasangan ini.

Jadi, kepada peminat tegar instafamous ini, jangan lupa saksikan SOS! hanya disaluran ntv7 anda!

Salma Syahbuddin