Biar Betul! Azhar Sulaiman Dedah Sediakan Mock Studio Penjara Sebagai Set Penggambaran – “It’s The Only One In Malaysia”

Pelakon Azhar Sulaiman tampil mendedahkan dirinya telah menyediakan sebuah mock studio penjara  untuk dijadikan sebagai set penggambaran di sebuah rumah teres, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Azhar menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Azhar juga sempat berkongsi pelan penuh bersama interior sebenar ruangan tersebut sekali gus menarik perhatian pengikutnya.

“Rumah teres yang Mami converted jadi Mock Studio Penjara & Fasiliti lain like ruang bertemu Banduan,” tulisnya.

Menurut Azhar, rumah itu juga akan digunakan sekiranya pihak produksi tidak dapat menjalani penggambaran di lokasi sebenar melibatkan balai atau penjara.

“Yang tak dapat balai or penjara betul akan guna set ni. It’s the only one in Malaysia,” katanya.

Kagum dengan konsep yang dipamerkan, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

 

 

Fatin Nurain