Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2024 @ 1:00pm

“Biarlah Benak Ubi Tapi Betul” – Pertahankan Diri, Hafidz Roshdi Sindir Bekas Isteri?

Pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi tampil mempertahankan dirinya selepas bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Sukri menggunakan perkataan ‘bodoh’ menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story miliknya kerana dia gagal membezakan tentang sebutan dan perbicaraan kes mereka di Mahkamah baru-baru ini.

Tidak berdiam diri, Hafidz, 30, menjelaskan bahawa perbicaraan itu hanya melibatkan keputusan mahkamah untuk menambah penama penjaga dua anak mereka yang difailkan oleh Shuhada seperti sebelum ini.

“Minta maaf ya, bulan puasa ni salah pula, tak pasal-pasal kena bodoh  dan benak ubi.

“Ye betul, keputusan kes.. tapi ia adalah keputusan orang yang memohon sesuatu, macam contoh sekarang. Anak guam memohon untuk menambah penama dalam hak jagaan. Jadi dialah kena hadir.

“Poin yang penting , saya tak perlu hadir saya dah lantik peguam. If peguam hadir pun, anak guam tak hadir tak mencacatkan prosiding kes,”katanya.

Hafidz menjelaskan mengenai salah faham itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Khamis.

Selain itu, Hafidz juga turut memberikan respons terhadap hantaran Shuhada mengenai gelaran bodoh yang ditujukan terhadapnya baru-baru ini sekaligus berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera.

“Bulan puasa ni, bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Tapi kita juga digalakkan berkata baik-baik dan benar. Maaflah, biarlah benak ubi tapi betul.

“Point yang penting, saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak settlekan kes ni cepat-cepat,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Dec 2022

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga. Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga. […]

Featured Thu, 4 Aug 2022

“Ni Je Ke Hasil?” – Netizen Kecam Ira Kaza Tayang Cincin

Amboi netizen ni ada ja eh benda nak bahan 😂 Mana tahu cincin tu dia beli sendiri.

#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
Featured Thu, 9 Dec 2021
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

[VIDEO] “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita” – Pesanan Terakhir Allahyarham Bad Indigo

Allahuakbar! Semoga arwah Bad Indigo ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh.