Hiburan By: Padin January 9, 2024 @ 2:59pm

Biarpun Nama Tak Pernah Sunyi Kisah Panas… Sophia Albarakbah Syukur Rezeki Tak Pernah Putus, Bakal Muncul Dengan Filem Jiwa 8 Belas

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah, 30, bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang lakonan.

Meskipun namanya tidak pernah sunyi dilanda kontroversi, Sophia terus mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.

“Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.

“Pada masa sama, saya juga ada empat filem yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Antaranya, filem Jiwa 8 Belas,” katanya.

Mengenai kontroversi, kata Sophia, dia enggan terpalit dengan sebarang gosip kerana mahu buka buku baru sempena kedatangan 2024.

“Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.

“Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi,” katanya.

Berkongsi filem Jiwa 8 Belas, kata Sophia, dia melakonkan watak heroin bernama Fatien dalam filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu.

Katanya, ia adalah filem pertama lakonannya ketika mula bertapak dalam bidang lakonan.

“Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018.

“Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” katanya.

Ditanya babak mencabar, kata Sophia, dia mengalami kecederaan dan kakinya lebam-lebam ketika menjayakan babak diculik penjahat yang mahu ‘menjualnya‘ dalam filem itu.

“Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.

“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.

Filem 8 Belas arahan S Baldev Singh ini turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Jiwa 8 Belas berkisarkan jiwa remaja ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ajak Shiro Mahu Menjadi Pengacara

Ajak Shiro akui sudah selesa menjadi seorang pengacara selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Musly Ramlee ‘Hidupkan’ Semula Watak Kassim Selamat

Jika kita tonton filem Ibu Mertuaku, pasti anda akan tertanya, bagaimana watak anak Kassim Selamat iaitu Tajudin apabila besar kelak, apa nasib Sabariah selepas Kassim pulang ke Pulau Pinang bersama Chombie dan bagaimana kesudahan nasib Kassim Selamat pula?

Featured Sat, 12 Aug 2023

“Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Pelakon jelita, Mimi Lana reda di atas dugaan yang menimpa hubungannya bersama pelakon, Syafiq Kyle apabila terpaksa membatalkan pernikahan mereka yang cuma berbaki satu minggu sahaja lagi. Mimi menerusi hantaran di Instagram miliknya seakan meluahkan […]

Events Wed, 16 Oct 2019