Jarak Usia Bukan Halangan Zara- Hafreez

Umum dah tahu pasangan selebriti ini sedang hangat bercinta. Masing-masing sudah mengaku dalam fasa mengenali hati budi dengan lebih mendalam.

Tetapi, pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam enggan ‘gelojoh’ untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Saya nak ambil masa kenali Hafreez lebih mendalam. Saya faham, ramai peminat mahu kami cepat-cepat kahwin. Tetapi saya dan Hafreez tidak mahu tergesa-gesa,” katanya.

Menurut Zara Zya, mereka sudah mengenali satu sama lain sejak empat tahun lepas tetapi mula rapat sejak lapan bulan lalu.

Bercakap soal jarak usia lima tahun antara mereka, pelakon berusia 33 tahun itu memberitahu tidak merasa apa-apa biarpun usia Hafreez lima tahun muda daripadanya.

“ Saya tak rasa lebih tua bila dengan dia. Saya jadi diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Karakter Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin yang bersahaja membuatkan mereka serasi bersama.

“ Paling penting, Hafreez matang dan mengambil berat. Kami ada chemistry,” katanya berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya dan Hafreez Adam.

Tak sabar rasanya kami nak merasa nasi minyak Zara Zya dan Hafreez. Kalau dah hampir tarikhnya, jangan lupa undang kami ya! Hehe…

SGMS Faida