Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Selebriti dan usahawan, Fatin Afeefa mengakui bimbang untuk berkongsi foto kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia di media sosial.

Menerusi sesi siaran langsung, aktres filem popular Tentang Bulan itu berkata dia takut dengan zaman teknologi Artificial Intelligence (AI) yang semakin hangat dan menjadi trend masa kini.

Jelas bekas isteri aktor Adam Shahz ini, dia lebih gemar menyimpan setiap kenangan bersama anak-anak di telefon bimbitnya sahaja.

“Kalau tengok live saya hari-hari pun memang tak akan nampak anak-anak saya. Sejujurnya, saya memang tak nak tunjuk anak-anak saya.

“Sebab sekarang ni zaman teknologi AI, takutlah. Mereka boleh ambil gambar anak awak, boleh buat anak awak jadi besar, bogelkan anak awak.

“Memories dengan anak-anak tu saya simpan dalam phone saja. Saya tak post sangat di media sosial,” katanya.

@xtra_my

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭 #fyp #xtramy #fatinafeefa #takut #kongsi #gambar #anak #ai #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Fatin berkata demikian ketika menjawab persoalan netizen di sesi siaran langsung tersebut yang kerap bertanya mengenai keberadaan anaknya, Adam dan Ivy.

Sekadar info, Fatin pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan perinciannya. Menerusi perkahwinan pertama, dia memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian.

Pada 21 Disember 2013, Fatin berkahwin dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Lembut Hati Beri Hak Jagaan Penuh, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pun Lembut Hati Jugak Bagi Kelonggaran”

Artikel Berkaitan: Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

Artikel Berkaitan: Saham Adam Shahz Makin Meningkat, Akui Belum Sedia Tamatkan Zaman Duda

Aqilah Paharuzi