Hiburan By: Fatin Nurain June 1, 2023 @ 7:09pm

Black Hanifah Akhirnya Perjelas Isu Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram – “Banyak Benda Yang Saya Belajar”

Penyanyi Black Hanifah tampil memberi penjelasan berkenaan dakwaan yang menyatakan dirinya membeli sebuah kapal mewah untuk cuci duit atau menggunakan wang haram.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Black menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram, Black Hanifah Alami Anxiety -“Patutnya Anak Melayu Kena Bangga Bukan Saling Menjatuhkan!”

Menurut Black, banyak perkara yang telah menyedarkannya untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya nyanyiannya, sejak penularan Covid-19 beberapa tahun lalu.

Malah, penyanyi itu juga sempat menafikan bahawa kapal peribadi yang dimilikinya itu tidaklah besar seperti yang diperkatakan.

“Kalau dulu, saya baru mula jadi penyanyi dulu mungkin saya hanya mengharapkan duit daripada show. Career saya sebagai seorang penyanyi saya hanya mengharapkan duit tu.

“Saya dah mula belajar disebabkan Covid, banyak benda yang saya belajar. Kita kena pelbagaikan, kita kena usaha gandakan duit yang ada dan juga bisnes yang ada.

“Multipurpose kan kita punya income. So, inilah dia saya punya yatch yang digembar-gemburkan, yang dia orang tunjuk bukan main la besar gila. Tapi, takdalah besar itu. Kira okay pada saya, Midnight Lace 52.

“Awak semua boleh cakap saya cuci duit, patutnya pergi tolong orang miskin la daripada beli tu. Takdalah bukan besar macam tu,” katanya.

Black juga menyatakan kapal yang dimilikinya itu adalah hasil daripada kerja kerasnya mengumpul sejak tiga tahun yang lalu.

“Macam yang saya cakap, Insya-Allah mampu milik sebenarnya. Benda ni kalau kita usaha, kita simpan, boleh. Cuma masa tu sama ada cepat ataupun lambat.

“Macam saya lebih kurang tiga tahun lebih baru saya dapat beli yatch ni,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Melangkaui Sempadan…Bahang ABP32 Makin Terasa!

Siapa bakal bergelar bintang paling popular tahun ini?

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.