Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2018 @ 12:30pm

ABPBH31: Tiga Hos Gila-Gila Kongsi Rasa Menjelang Malam Kemuncak

MALAM ini bakal berlangsung Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Korang mesti dah tak sabar kan nak tengok tiga pengacara terkenal berganding sama di pentas malam ini. 

Bagi Ajak, Janna Nick dan Zara Zya, ketiga-tiganya sudah bersedia membawakan tanggungjawab ini dengan baik.

Bagi Ajak, dia berharap agar semuanya berjalan dengan baik dan dalam masa sama memberitahu akan ada kejutan luar biasa.

“ Jangan terkejut ok,” katanya ringkas.

Diganding pula dengan Janna Nick yang kita semua tahu gadis ini memiliki watak cukup happening.

“ Bayangkan, ketika sesi latihan sudah gamat dan kecoh, bagaimana nanti pada malam kemuncak?

“ Saya percaya dengan semangat yang dibawa penonton, kami mampu menjalankan tugas ini dengan baik,” katanya.

Bagi Zara Zya yang turut dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular memberitahu pada mulanya dia bimbang dengan penerimaan orang melihat dirinya di atas pentas nanti tetapi perasaan gugup itu bertukar selepas melalui beberapa sesi latihan.

“ Alhamdulillah, keyakinan diri saya semakin meningkat selepas membuat latihan bersama.

” Saya juga banyak membuat persediaan awal menerusi YouTube dengan menonton penganjuran acara ABPBH terdahulu,” katanya.

ABPBH 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online. Jangan lupa tonton okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 24 Mar 2024
Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang […]

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Mia Ahmad Tak Sanggup Bermadu

Semoga terus tabah ya Mia!

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Nabil Mahir, Ayda Jebat Makin ‘Berani’?

Doakan yang baik-baik ajalah ok?

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Bukan Cincin Tanda, Nelydia Janji Kongsi Berita Baik

Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.