Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 1, 2022 @ 2:56pm

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goeslaw, 48, bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia selepas 30 tahun berkarya di arena muzik sehingga namanya dijulang tinggi di nusantara.

Menurut Melly, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan memori zaman remaja dikembalikan di pentas sulungnya pada 3 Februari 2023.

“Konsert ini diberi nama Ada Apa Dengan Melly? kerana semuanya tentang Melly, sebagai komposer, penyanyi, pembuat runut bunyi filem, jadi semuanya akan dipersembahkan di sini.

“Untuk sebuah konsert ini saya perlu berjumpa dengan rakan dan penganjur yang mempunyai visi yang sama dengan saya. Apa yang saya inginkan harus diterjemahkan dengan baik oleh penganjurnya.

“Konsert ini sangat penting kerana tahun 2023 saya sudah 30 tahun berkarya jadi ini waktu yang tepat untuk saya berterima kasih pada pencinta muzik saya dan yang berikan inspirasi kepada saya,” kata Melly ketika ditemui pada sidang media Ada Apa Dengan Melly? di ibu kota, pada Rabu.

Mengulas mengenai persiapan yang bakal dilakukan, Melly dan suaminya Anto Hoed memberitahu mereka akan melakukan latihan fizikal bagi mendapat kecerdasan pada malam penuh istimewa itu.

“Persiapan susunan muzik bagi persembahan adalah 30 peratus. Pada Januari kita akan adakan latihan intensif selama satu minggu setiap hari supaya menjelang konsert kita akan fit.

“Saya harus buat latihan fizikal kerana tahun depan usia saya dah cecah 49 tahun. Jadi untuk menyanyikan lebih 30 lagu tidak mudah seperti dahulu. Jadi ia lebih kepada latihan fizik.

“Saya suka berjalan sahaja di atas treadmill,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Jika itu, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan lebih 30 lagu akan dinyanyikan malah lagu-lagu ciptaannya juga turut dipersembahkan.

“Untuk konsert Ada Apa Dengan Melly?, bukan 30 lagu tetapi 30 track jadi satu track boleh terdiri daripada 3 lagu yang boleh di medley kan. Jadi mungkin lebih daripada 30 lagu nanti.

“Istimewanya, lagu-lagu ciptaan saya yang dibawa oleh orang akan dinyanyikan oleh saya sendiri.

“Insya-Allah, tak lebih daripada dua jam. Takut nanti bosan dan penat tetapi saya janjikan 2 jam yang sangat padat.

Memilih konsep kembali ke sekolah, Melly berharap peminat yang hadir akan turut serta menyarung seragam sekolah bagi mengembalikan nostalgia zaman remaja.

“Dalam kehidupan ini, salah satu hal paling cantik itu adalah memori dan acara paling menarik adalah reunion. Kerana saya mahu kembalikan zaman remaja.

“Filem Ada Apa Dengan Cinta dan Eifel I’m In Love adalah filem lagenda yang menjadi ikon percintaan remaja dan itu sangat menarik untuk dikenang kembali.

“Apabila kita memakai pakaian seragam sekolah, saya rasa kita semua setara,” jelasnya.

@xtra_my Lagu @Melly Goeslaw TV ni playlist2 min bila putus cinta tau😜🤣 Korang pun sama kan?👀 #fyp #xtramy #mellygoeslaw #adaapadengancinta #adaapadenganmelly #denting #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Konsert Ada Apa Dengan Melly? bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my bermula dengan harga RM288 sehingga RM1588 mulai 2 Disember jam 3 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Dayah Bakar

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

error: Content is protected !!