Buang Ketulan Di Bawah Perut, Black Hanifah Selamat Jalani Pembedahan

Penyanyi Black Hanifah memaklumkan dia kini selamat menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bawah perutnya di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Menurut Black, pembedahan minor itu hanya berlangsung selama satu jam sahaja dan tidak melibatkan perkara yang serius.

Perkara itu dikongsi Black atau nama penuhnya, Hanifah Md Hanafiah menerusi hantaran di Instagram miliknya.

ā€œAlhamdulillah.. selesai minor operation selama satu jam.. Terima kasih semua,ā€ tulisnya.

Ā 

Difahamkan, Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira turut menemani Black sepanjang pembedahan di pusat perubatan terbabit.

Dalam perkongsian yang berlainan pula, Black memberitahu dia sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelantun lagu Hanyut itu segera sembuh dan dipemrudahkan segala urusan.

Ā 

Untuk rekod, Black mendirikan rumah tangga dengan Cira pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Ā 

Salma Syahbuddin