Buat Trend Sarang Dosa, Gelagat Sheila Rusly, Sharifah Shahora & Maria Tunku Sabri Buat Netizen Terhibur

Gelagat penerbit Sheila Rusly bersama sahabatnya Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri ketika bercuti mengundang tawa dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sheila telah memuat naik video mereka sedang menari dan lips-sync lagu Sarang Dosa nyanyian Qory.

“Lawak malam Jumaat. Buat hal lah korang.. @sharifahshahora @mariajjcm,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat tiga sahabat karib itu.

“MasyaAllah … MasyaAllah… benarrrr! Hajjjjaahhhhh! Hajjjjaaahhhh! 😂Kelako! deep!

“Waduhhhh kita baru nak masuk tido..sekali lalu ni lahhhh…tahan gelak lah gamaknyaaa..baby kecik kat sebelah.

“Ahahahahahaa 10x repeat tgk pun tak puas betul2 terhibur.

“Semoga puan bahagia bersama kawan..kawan …Alhamdullilah..,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain