Hiburan By: Maya Basir June 26, 2023 @ 4:50pm

“Budak 5 Tahun Pun Boleh Kata Nyanyi Tak Sedap” – Sissy Imann Persoal Tindakan Netizen Beri Komen Tanpa Ada Kemahiran?

Penyanyi Sissy Imann mempersoalkan komen netizen terhadap kualiti nyanyian seorang artis tanpa mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, sebagai individu yang belajar dalam bidang muzik, dia sendiri masih memerlukan banyak pertimbangan untuk mengulas persembahan penyanyi lain.

“Kita ni susah-susah belajar muzik, pecah kepala buat research ni pun takut nak komen orang punya performance ke apa tapi netizen kita komen macam pakar je.

“I mean, hear me out. Orang yang boleh komen pasal science adalah orang yang study specific area of science je. Orang engineering, komen benda engineering,” jelasnya yang kini sedang dalam proses menyiapkan tesis bagi pengajian Sarjana Muzik.

Menurutnya lagi, sudah menjadi lumrah penilaian dan penerimaan setiap orang terhadap sesuatu persembahan dan nyanyian selalunya bersifat subjektif.

“Muzik ni, budak lima tahun pun boleh kata kita nyanyi tak sedap.

“Tapi itulah lumrah, asam garam kita bila buat keputusan untuk bergelumang dengan area yang sangat subjektif. Bertabahlah artists,” ujarnya.

Terdahulu, Sissy pernah menjadi mangsa kecaman netizen apabila didakwa kurang memuaskan dalam sebuah program raya.

Malah, dia juga pernah menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu untuk persembahan lagu Jampi versi keroncong bersama Naim pada minggu keenam program Famili Duo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

One Nation Emcees, Mimi Fly Katanya Sudah Bercerai

Sah sudah bercerai bak kata tuan punya badan One Nation Emcees, Mimi Fly

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

IZREEN AZMINDA BERCUMBU SEBELUM KAHWIN?

Jika sebelum ini ramai netizen mengecam tindakan Izreen Azminda yang berkahwin secara rahsia dengan Ude yang berstatus suami orang. Kali ini lain pula isunya.

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Scam RM30,000 Datuk Seri Vida Nyaris Jadi Mangsa

Jangan ingat kita orang luar sahaja yang terkena scam, Datuk Seri Vida pun nyaris jadi mangsa. Kalau tak dah kerugian RM 30,000

Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh