Featured By: Atiqah Johari December 28, 2022 @ 7:06pm

“Bukan Kami Yang Buang Tapi…” – Noki Sahkan Tuju ‘Angkat Kaki’ Dari K-Clique

Baru-baru ini, anggota kumpulan K-Clique, Noki memaklumkan bahawa Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan itu telah meninggalkan band hip hop tersebut dengan rasminya.

Memetik laporan Harian Metro, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji menegaskan bahawa Tuju membuat keputusan untuk meninggalkan K-Clique adalah atas kemahuan sendiri ketika di temu bual oleh sebuah program televisyen.

“Betul… Tuju memang sebenarnya sudah keluar dari kumpulan K-Clique. Saya rasa sudah tiga atau empat bulan kalau tidak silap.

“Bukan kami yang buang sebaliknya kehendak Tuju sendiri. Mungkin dia mahu fokus kepada jenama Tuju Loca dan keluarganya.

“Saya akhirnya membuka mulut kerana setiap kali kami memuat naik video atau gambar, pasti ada peminat yang tertanya-tanya di ruangan komen,” ujar Noki.

Bukan itu sahaja, Noki turut berkesempatan mengulas mengenai single BKNR yang dikeluarkan oleh Tuju dan Loca B yang didakwa menyindir K-Clique.

“Berkenaan lagu terbaru yang dilancarkan oleh Tuju dan Loca B itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kami fokus buat diri sendiri dan perjalanan kerjaya kami.

“Bagi saya, lagu itu sebuah karya yang baik dan jika niat mereka untuk memajukan nama mereka dalam industri, maka teruskan kerana kami sentiasa sokong kerjaya mereka.

“Namun, sekiranya niat mereka hendak ‘diss’ (menyindir) kami dalam lagu, terpulang kepada mereka. Ini kerana kami tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka,” jelasnya lagi.

K-Clique didakwa mempunyai perselisihan faham antara anggota apabila Tuju dilihat tidak ikut serta dalam persembahan di Konsert Havoc Midnight di Shah Alam pada September lalu, namun kontroversi tersebut dinafikan oleh MK.

Untuk info, kumpulan hip hop yang terkenal dengan lagu Mimpi itu dianggotai oleh lapan orang pemuda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan […]

Trending Sat, 5 Dec 2020
Featured Thu, 2 Feb 2023
Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Featured Mon, 26 Apr 2021

Adira Suhaimi Kini Berniqab?

Setelah pengacara, Noor Neelofa tampil berniqab tahun lalu, penampilan tersebut ternyata memberi impak kepada orang ramai. Beberapa rakan artis seperti Yatt Hamzah turut memuat naik foto berniqab sebagai sokongan buat pengacara itu walaupun tidak mengenakan […]