Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 13, 2024 @ 6:28pm

Bukan Orang Senang, Che Ta Pernah Tinggal Di Kawasan Flat… Mahu Wanita Bangkit Dengan Pendapatan Sendiri

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.

Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, dia juga bukan dilahirkan sebagai anak orang berada.

“Saya dilahirkan memang bukan anak orang senang. Ketika arwah bapa meninggal dunia, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya.

“Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Toklah yang menjaga kami adik beradik.

“Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain pun,” katanya.

Namun, kata Che Ta, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.

“Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi bercerai pada usia 30 tahun.

“Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Che Ta berkata, dia kembali dalam bidang modelling dan menceburi bidang lakonan selepas bercerai untuk menyara dirinya dan anak-anak.

“Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu bergantung sangat dengan lelaki.

“Saya sendiri, bila bercerai tak dapat harta apapun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya berkahwin dengan Zain,” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.

“Saya juga berlakon pada usia yang agak lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.

“Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu sata buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana prndapatan, ” katanya.

Che Ta ditemui pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, majlis pelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, tunggak sesebuah keluarga adalah golongan wanita, ibu dan suri rumah yang tidak bergaji.

Menurutnya, sebelum ini suri rumah juga tidak ada sebarang perlindungan jika berlaku kemalangan sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka.

“Sebab itu Perkeso memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk melindungi golongan wanita dan suri rumah bawah 55 tahun jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit dengan pelbagai faedah termasuk kematian.

“Kita adalah negara keempat di dunia yang perkenalkan skim sebegini.

“Dengan caruman yang begitu rendah untuk mereka terlindung jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit serta mendapat pelbagai faedah kematian, pencen bulanan dan dialisis,” katanya.

Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman. Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite.

“Kita berharap Perkeso dapat menganjurkan lebih banyak program yang melibatkan golongan karyawan seni sebegini kerana melalui program ini, kami mendapat lebih banyak maklumat bagi perlindungan keselamatan memandangkan artis banyak bekerja sendiri. Maklumat sebegini akan kami kongsikan pula dengan peminat di luar sana,” jelas Tyzo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

“Saya Memang Ibu Tegas” – Intan Najuwa Akui Garang Demi Didik Lunara, Elak Terlalu Manja

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui dirinya seorang ibu yang tegas dan tidak teragak-agak untuk memarahi anak sulungnya, Lunara, demi membentuk disiplin sejak kecil. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa […]

Events Sun, 31 Mar 2019

World’s First Ant-Man and The Wasp Attraction Debuts in Hong Kong Disneyland

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! further expands Hong Kong Disneyland as Asia’s Marvel Hub.

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Mohon Doa Kalian Untuk Mama Saya”- Ibu Elyana Disahkan Positif Covid-19

Umum maklum keadaan kesihatan penyanyi Elyana yang kini menghidapi kanser limfoma tahap keempat. Sedang berjuanh melawan penyakit, Elyana sekali lagi berdepan dengan ujian apabila ibunya pula disahkan positif COVID-19. Menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan berita […]

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

Featured Thu, 14 Nov 2024

Tular Foto Bergari, Alif Satar Mohon Netizen Tak Terpedaya Dengan Berita Palsu – “Pelik Betul Zaman Sekarang”

Alif berharap agar orang ramai melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan berita palsu tersebut sekiranya ia melibatkan dirinya dan ahli keluarga mangsa.

Hiburan Fri, 13 Jan 2023

Norman Hakim & Suami Abby Abadi Mesra Berdua… Netizen Komen: “Aduhai Romantiknya Dia”

Aksi ‘manja’ pelakon Norman Hakim dan suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria meraih perhatian ramai. @abbyabadi112 Alhamdullillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ya dua2 ketui ni hehe @JaiAbby Official @Norman Hakim ♬ Bahagiamu Bahagiaku – […]

error: Content is protected !!