Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2023 @ 6:30am

Belum Rasa Terlambat, Namira Tak Gentar Bersaing Dengan BBNU

Muncul dengan single di usia 30 tahun, penyanyi baharu berbakat besar, Namira tidak merasakan ia sebagai halangan untuk terus melangkah.

Mencuba nasib dalam bidang muzik, pemilik nama penuh Amira Aman ini tidak gentar untuk bersaing dengan Budak Baru Nak Up (BBNU) yang rata-ratanya lebih muda berbanding usianya.

“Sebenarnya, saya bukan baru bermula. Saya dah lama mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Namun, rezeki saya untuk menjadi artis rakaman baru tiba sekarang.

“Saya pernah menyertai pelbagai uji bakat nyanyian, saya pernah menjadi pengacara program TV, kini baru rezeki saya dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Pemilik Saudagar Seni, Azmi Jamsari percaya dengan bakat yang saya ada dan merealisasikan impian saya untuk menghasilkan single.

“Saya tak rasa ia menjadi penghalang atau belum rasa terlambat kerana peluang yang ada di depan mata ini saya akan gunakan sebaiknya. Saya tak gentar bersaing dengan BBNU dan yakin ada rezeki jika saya mencuba sehabis baik,” katanya kepada XTRA.

Single pertama Namira berjudul Bulan dipilih untuk menjadi lagu tema bagi filem Pagari Bulan yang menemui penonton di pawagam Oktober lalu.

“Sejujurnya, saya tak sangka lagu tersebut menjadi pilihan pengarah ternama iaitu Raja Mukhriz untuk dijadikan runut bunyi filem arahannya.

“Lagu Bulan ini, saya cipta kira-kira dua tahun lalu berbekalkan inspirasi kepada seseorang yang saya cintai. Namun, sayangnya kami tiada jodoh apabila hubungan itu putus dan terjadilah jalan cerita lagu ini yang berkisar pada cinta tidak kesampaian.

“Sewaktu pihak Saudagar Seni memperdengarkan demo lagu tersebut kepada Sharifah Shahora selaku penerbit filem, mereka sangat berminat lalu meminta lagu tersebut dikongsi kepada Raja Mukhriz.

“Paling mengejutkan pengarah itu terus bersetuju untuk menjadikan Bulan sebagai OST filem Pagari Bulan. Raja Mukhriz kata, lagu itu sesuai dengan jalan cerita tersebut. Dia juga kata lagu itu ada roh dan bila diputarkan berulang kali seakan-akan sebak menyelubungi hati. Alhamdulillah, lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya,” jelasnya.

Tidak percaya lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya, Namira dan pihak Saudagar Seni mempunyai perancangan besar untuk merancakkan kariernya dalam bidang nyanyian selepas kemunculan Bulan.

“Saya dan pihak pengurusan ada banyak perancangan, kami akan mengatur langkah untuk menyerlahkan lagi karier saya, jadi saya mohon doa orang ramai agar kerjaya saya dalam bidang muzik dipermudahkan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2024

“Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

Tak apa Zara, Allah tunjuk siapa yang ikhlas berkawan dengan kita ❤️❤️

Featured Wed, 24 Jun 2026

Kakak Umisya Mazlan Throwback Isu Kontroversi, Kongsi Hikmah Di Sebalik Ujian – “Ada Doa Yang Allah Simpan Jawapannya” 

Nadia mencuri perhatian selepas berkongsi semula hantaran yang ditulisnya pada tahun lalu ketika adiknya itu berdepan isu kontroversi melibatakn hubungan diantara suaminya dan Marissa Dania.

Featured Tue, 3 Mar 2026

Individu Pelik ‘Jogging’ Pakai Baju Ala Pakistan, Yusuf Bahrin Tampil Respons – “Lagi Banyak Cakap, Lagi Nampak Keb*d*han Tu”

Pelakon, Yusuf Bahrin membidas kenyataan seorang individu yang tampil mempersoalkan tentang pakaian yang dikenakan rakan-rakannya ketika melakukan senaman baru-baru ini.

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Awas Bila Cas Telefon Bimbit Semasa Tidur

Remaja Maut, Telefon Bimbit Sedang Dicas Meletup Ketika Tidur

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA? – FARID KAMIL

Kelihatan adik Farid iaitu Fadzil Zahari turut hadir bagi menemani abangnya dalam perbicaraan tersebut. Selain itu, rakan artis seperti Azhan Rani dan Azad Jasmin juga kelihatan bagi memberikan sokongan kepada beliau

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tapi…

error: Content is protected !!