“Bukan Saya!” – Issey Fazlisham

“Tolonglah. Ini bukan saya!” luah pengacara dan pelakon, Issey Fazlisham selepas beberapa netizen salah faham menganggap dia ialah lelaki yang dikaitkan dengan isu kekerasan rumah tangga, tular baru-baru ini.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, walau pun mirip wajah lelaki itu, dia tidak ada kena mengena dengan isu terbabit.

“Ramai yang ‘tag’ saya di Instagram. Saya tak ada kena mengenai dalam hal rumah tangga individu ini,” tulisnya.

 

Dah tiga tahun menduda, baru rancang nak kawin tahun depan…alih-alih viral pukul bini? – gambar dari IG Issey Fazlisham

Susulan wajah hampir sama, ada netizen mengeluarkan kata-kata kesat selain mengajak orang ramai menghalaunya keluar dari Malaysia.

“Yang pukul isteri dan mentua itu orang lain. Bukan saya. Jangan maki saya. Siap nak halau saya keluar dari Malaysia,” katanya lagi.

Walau pun isu agak serius, rakan-rakannya sempat memberi komen lucu sekali gus mengurangkan tekanan dialami Issey.

Dia meminta netizen supaya jangan cepat menuduh seseorang tanpa usul periksa dan hanya membaca tajuk berita semata-mata.

Baru lalu, tular video lelaki dipercayai doktor perubatan memukul bekas isteri dan bapa mentua kerana isu rumah tangga mereka.

Oleh: Guy Masaki

Del14