Categories: Sihat

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Masalah mulut atau nafas berbau pasti akan dihadapi oleh setiap orang. Ia merupakan perkara yang akan memalukan anda dan membuat seseorang itu hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Ia boleh mengganggu hubungan anda ketika ingin berkomunikasi dengan orang sekeliling. 

Masalah ini boleh terjadi terutamanya selepas anda bangun sahaja daripada tidur atau selepas anda mengambil sebarang makanan atau minuman yang berbau. 

Antara punca yang mendorong kepada masalah mulut atau nafas berbau ialah: 

  1. Malas memberus gigi

Foto: odisi.my

Memberus gigi merupakan rutin harian yang amat penting untuk memulakan hari anda. Akan tetapi terdapat sesetengah individu yang terlalu malas untuk melakukannya. 

Perkara tersebut boleh menyebabkan mulut berbau akibat sisa makanan yang tertinggal di celahan gigi yang menyebabkan adanya tindak balas bakteria dan menyebabkan masalah tersebut berlaku. 

Anda disarankan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari serta menggosok lidah sekali gus. Selain itu, berus gigi sekurang-kurangnya dua minit dan jangan gosok terlalu kasar. Selepas memberus gigi, jangan terus berkumur, berikan masa untuk florida meresap ke dalam gigi. 

2. Masalah gigi

Foto: merdeka.com

Kebanyakan orang tidak mengambil kesah jika berlakunya masalah gigi seperti gigi berlubang, goyang atau rosak.  Sebagai contoh, jika anda mempunyai gigi yang berlubang, makanan akan termasuk dan tersekat di dalam lubang tersebut. 

Lalu, makanan tersebut akan menjadi reput  dan busuk. Jika berlaku perkara sedemikian, cepat cepat ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. 

3. Makanan

Makanan juga mempengaruhi terjadinya nafas berbau. Makanan tertentu seperti bawang merah dan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur berbau. 

Selain itu, kopi dan jus juga menyumbang kepada masalah ini kerana mengandungi kandungan asid untuk terjadinya pembiakan bakteria. Seeloknya, elakkan pengambilan minuman berkafein sebelum tidur untuk mengelakkan mulut atau nafas anda berbau. 

4. Mulut kering

Foto: doktorsehat.com

Mulut kering boleh menyebabkan persekitaran bagi pembiakan bakteria anaerob. Tempoh bercakap panjang, merokok, meminum alkohol dan berdengkur adalah antara punca.  Kebanyakan orang mengalami nafas berbau pada waktu pagi kerana kekurangan pengeluaran air liur semasa mereka tidur.

Sekiranya anda tidak mampu untuk berhenti merokok, pastikan anda berkumur dengan cecair kumuran atau kunyah gula-gula getah setiap kali selepas merokok.

tex_admin