‘Asal Oesoel’ Naelofar…Terbaru Dari Lofa

Selebriti terkenal Malaysia, Noor Neelofa telah memilih 16 September iaitu Hari Malaysia untuk memperkenalkan koleksi hijab terbaru Naelofar yang dipanggil ‘Asal Oesoel’.  Menurutnya ‘Asal Oesoel’ adalah ejaan asli bagi perkataan ‘asal usul’ yang diguna pakai dahulu kala. 

 

Ada 5 corak menarik di bawah koleksi ini yang dipanggil Omni (Utara), Ixora (Timur), Hera (Selatan), Palma (Barat) dan Mydas (Borneo). Menurutnya, Asal Oesoel mampu membangkitkan semangat rakyat Malaysia yang selama ini sememangnya terpahat di dalam hati kita. 

 

 

Omni (Utara)

Dinamik, penuh semangat dan berwarna warni, hasil seni ini direka untuk menangkap intipati Malaysia. Menggunakan warna-warna Malaysia dan dilukis di dalam stail batik, matlamat rekaan ini adalah untuk memberi secebis rasa Malaysia bagi rakyat di dalam ataupun luar negara. 

 

 

Ixora (Timur)

Tema batik telah dipilih menjadi inspirasi Timur kerana ia simbolik dengan wanita-wanita dari Terengganu. Dengan merombak ciri-ciri batik yang secara tradisi dibahagikan kepada bahagian atas, bawah dan ‘border‘ (sempadan) memberi komposisi yang dimensional kepada rekaan ini. Dengan men’digital’kan teknik ‘Canting’ secara tidak langsung memberi nafas moden terhadap cetakan batik tersebut dan membuatnya tampak lebih ‘edgy‘.

 

 

Hera (Selatan)
Diinspirasikan dari mitos “Phoenix”, sejenis burung mistik yang terdiri dari 3 jenis burung iaitu burung merak, ‘crane’ dan ‘golden pheasant‘, corak tudung Hera direka dengan memilih warna-warna dari burung ‘pheasant‘ dan corak bulu burung merak yang memberi sentuhan lembut terhadap tudung ini.
Palma (Barat)
Pokok kelapa sawit diberi interpretasi baru dan grafik dan diinspirasikan dari ladang-ladang kelapa sawit yang luas, yang menjadi salah satu tulang belakang ekonomi Malaysia.
Mydas (Borneo)
Inspirasi corak tudung ini datangnya dari  ketidaksempurnaan corak kulit cangkerang Penyu Sisik atau Penyu Karah (Hawksbill Turtle) yang terdapat di Sandakan yang sgt asli di habitatnya. Garisan dan bentuk ‘kulit cangkerang’ itu diperbesarkan untuk mendapat satu corak yang abstrak dan warna-warna dari penyu tersebut diguna pakai sebagai warna-warna dalam tudung ini untuk menyerlahkan gaya pemakai supaya kelihatan lebih ‘fashion forward‘.
Yang paling ‘best’ sekali ialah harga mampu milik tudung dari koleksi ‘Asal Oesoel’ ini. Hanya RM89 dan anda boleh kelihatan secantik Lofa! Siapa tak nak kan?
Del14