Sekitar Majlis Aqiqah anakanda Che Puan Juliana Evans

Pada 14 September yang lalu, pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans dan suaminya Tengku Shariffudin Shah telah menyambut majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda mereka, Tengku Kamiliah Zanariah di Masjid Istana Diraja, Istana Shah Alam. 

 

Rona merah jambu telah menjadi pilihan Che Puan Juliana bagi majlis ini dan keluarga kecilnya kelihatan sungguh manis dan tampan pada majlis itu. 

Berikut adalah foto-foto yang diambil oleh @ambedofilm sekitar majlis aqiqah dan cukur jambul tersebut dari IG @julianaevans.

 

 

                     Dekorasi oleh @farenheit69

Sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah Tengku Kamiliah Zanariah

Che Puan Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffudin Shah

Ayahanda Tengku Adeq, Tengku Sulaiman Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengucup dahi cucundanya

 

Pelakon ‘Hantu Bonceng’ ini telah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Sharifuddin Shah pada 30 April 2017 dalam satu majlis tertutup dan pasangan ini telah dikurniakan anak pada 12 Julai 2019 yang lalu. 

Del14