Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2024 @ 4:43pm

“Bukanlah Buang Anak Sokong Menantu, Saya Simpati & Ada Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah” – Patimah Ismail 

Ibu mentua pelakon, Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail mendedahkan dirinya ada terhutang janji terhadap selebriti tersebut.

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, isteri kepada pengarah dan penerbit tersohot, Datuk Yusof Haslam ini meluahkan rasa serba salah terhadap Puteri Sarah kerana menyakinkan Syamsul akan kembali ke pangkuannya.

“Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’.

“Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya.

“Lagipun Sarah pandai menjaga hati saya, bukanlah saya yang terbaik. Buang anak, sokong menantu pun tidak.

“Tapi kerana janji dan simpati kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat Sarah,” katanya.

Dalam pada itu, Patimah turut mengakui dia bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Sarah setelah bekas suaimnya, Syamsul Yusof berlaku curang bersama wanita bernama Ira Kazar.

“Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak.

“Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui,” katanya lagi.

@melodiberapi

Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #fypシ #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar iaitu anak kepada pelakon sensasi Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Songkhla, Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 namun bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Artikel Berkaitan: Patimah Ismail Pernah Merajuk, Lari Rumah Sebulan Gara-Gara Sangka Yusof Haslam Curang

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Bersama Menantu Kesayangan, Netizen Gelar Patimah Ismail Mentua Terbaik – “Satu Dalam Sejuta”

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Featured Mon, 13 Mar 2023

“Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

Well deserved! Penantian selama 16 tahun yang amat berbaloiii. Congrats Ummi ❤️❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Gong Hyo Jin Chooses Favourite Character She’s Played

And it’s not what most of us expected.

Featured Fri, 7 Oct 2022

Nama Instagram ‘missfazura’ Diguna Untuk ‘Giveaway’, Fazura Beri Amaran!

Jangan ada yang tertipu… Fazura dah bagi warning tu

Featured Wed, 7 Sep 2022

“Memang Sangat Penat” – Sharifah Sakinah Ulang Alik Sweden Jumpa Suami

Kenalah berkorban kan demi anak dan suami.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

error: Content is protected !!