Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 15, 2024 @ 5:49pm

Patimah Ismail Pernah Merajuk, Lari Rumah Sebulan Gara-Gara Sangka Yusof Haslam Curang

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mendedahkan isteri tercintanya, Datin Patimah Ismail pernah melarikan diri selama sebulan tanpa khabar berita ke sekolah pondok Pokok Sena, Kedah gara-gara merajuk dengan suaminya.

Berkongsi lebih lanjut, Patimah bertindak sedemikian selepas timbul khabar angin yang tidak benar mengenai suaminya yang didakwa curang.

“Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.

“Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.

“Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.

“Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya.

Yusof Haslam

Kata Yusof lagi, usaha memujuk permata hatiniya itu memakan masa selama bertahun-tahun dengan hasil bantuan bapa mentuanya yang berjaya menemui keberadaan Patimah.

“Pada awalnya dia masih ‘keras’, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.

“Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.

“Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.

“Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya,” katanya.

Artikel Berkaitan: Patimah Ismail Pernah Merajuk, Lari Rumah Sebulan Gara-Gara Sangka Yusof Haslam Curang

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin – “Please! Saya Tak Mahu Komen.. Itu Diluar Bidang Saya”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!

Trending Thu, 22 Mar 2018

Now We Can All Fly Like Ejen Ali Thanks to AirAsia’s New MATA Spy Jet!

AirAsia launched the MATA Spy Jet in collaboration with Ejen Ali which makes flying even cooler now!

Contest Thu, 23 Jan 2020

#XtraGiveaway: Win A Pair Of Ronan Keating Concert Tickets And A Romantic Dinner For Two This Valentine’s Day!

It is definitely the perfect night out for a romantic moment with your love one!

Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Trending Mon, 15 Jan 2018

Kes ‘Van Putih’ Hanya Rekaan Pelajar

Kes ‘Van Putih’ kini ligat mencari mangsa culik di kalangan kanak-kanak menggemparkan rakyat Malaysia dimana ibu bapa masing-masing mula ketakutan tentang keselamatan anak-anak

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar…

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Dicurangi 4 Kali, Mahalini Dedah Pernah Ditendang Bekas Teman Lelaki

Allahu tiada siapa yang layak diperlakukan macam tu..

error: Content is protected !!