Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2024 @ 2:05pm

Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin – “Please! Saya Tak Mahu Komen.. Itu Diluar Bidang Saya”

“No, saya tidak mahu komen. Saya tidak mahu komen kerana saya mahu menjaga hati ramai pihak”.

Demikian luahan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam berhubung dakwaan kononnya Ira Kazar telah selamat bersalin.

Katanya, dia tidak mengetahui mengenai perkara itu, memandangkan dia dan Syamsul sudah lama tidak berhubung.

Malah, pengarah filem box office Sembilu itu memaklumkan, dia enggan memberikan sebarang kenyataan dek kerana perlu menjaga hati ramai pihak termasuklah isterinya, Datin Patimah Ismail.

“No, saya tidak mahu komen. Saya tidak mahu komen kerana saya mahu menjaga hati semua orang. Hati isteri saya, hati keluarga saya.

“Lagi satu, saya nak komen… benda yang saya tak tahu dan kita dah sudah lama tidak berhubung.

“Kalau kita bercakap sesuatu yang tidak nyata dan sekiranya perkara itu betul sekalipun, saya tidak boleh komen apa-apa. Itu diluar dari bidang kita,”ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telahpun selamat melahirkan zuriat sulung mereka.

Namun, perkara itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, memandangkan tidak ada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak.

Sekadar info, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin  pada 8 Mac 2014, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Syamsul Yusof Didakwa Musnah, Yusof Haslam ‘Kunci Mulut’ – “Lebih Baik Diam Takut Dia Terasa Hati”

ARTIKEL BERKAITAN:Rapat Dengan Andi Arsyil, Yusof Haslam Komen Soal Jodoh Puteri Sarah : “Harap Dia Jaga Batas Pergaulan Dengan Lelaki Yang Dikenalinya”

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Anggap Perceraian Syamsul & Puteri Sarah Bukan ‘Tiket’ Untuk Lepas Tanggungjawab – “Berbaiklah Demi Anak-Anak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Dec 2020
Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

Featured Mon, 11 Nov 2024

Pelakon Wanita Popular Didakwa Enggan Bayar Hutang Akhirnya Tampil Beri Respons – “Saya Tak Nak Aibkan Sesiapa”

Pelakon wanita terbabit dikatakan enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

familuv Mon, 11 May 2020
familuv Tue, 24 Mar 2020
Events Fri, 19 Oct 2018
error: Content is protected !!