Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 30, 2023 @ 8:53am

Bukti Rumah Tangga Tak Goyah, Datuk Red Datang ‘Support’ Adira

Kedatangan suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red di konsert Famili Duo Musim Ketiga (FD3) minggu ketiga,  akhirnya meleraikan spekulasi dan membuktikan rumah tangga mereka tidak bergolak.

Menerusi perkongsian di TikTok TV3 Malaysia, Datuk Red tampil memberikan sokongan kepada isterinya, Adira bersama kakaknya, Emma Suhaimi yang bertanding dalam program nyanyian tersebut, malam tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Red turut kelihatan sangat teruja selepas mendengar komen berbaur pujian dari juri tetap program itu, Ajai kepada isterinya.

@tv3malaysia Dato Red be like “Jimat duit aku beli baju kelawar je untuk Adira ni “ 🫣 hahahah ▶️ strim live HD #FamiliDuo di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton sekarang! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik ♬ original sound – TV3Malaysia

Terdahulu, tercetus spekulasi yang menyatakan rumah tangga pelantun Ku Ada Kamu itu sedang bergolak.

Namun, Adira enggan mengulas perkara itu lebih lanjut dan meminta agar netizen menghormati privasi rumah tangganya bersama suaminya, Red atau nama sebenarnya Adnan Abu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Luar Boleh Cakap Macam-Macam…” – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Adira Suhaimi Beri Amaran Jangan Suka Hati Buat Spekulasi!

Sementara itu, Adira dan Emma juga berjaya merangkul gelaran Duo Terbaik untuk minggu ini sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Adira dan Emma juga berjaya mendapat markah tertinggi dari pihak juri, Ajai dan Mas Idayu 62.9 peratus daripada 70 peratus.

Selain Adira dan Emma, FD3 ini turut disertai oleh barisan selebriti yang hebat seperti Haqiem Rusli dan Arief Bahran, Tom dan Fuad, Shila dan Shahir, Syaiful dan Sharif, Ryan dan Adam.

Orang ramai boleh menonton program FD3 setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Dec 2018

黄诗棋生了!跨界美业品牌研发新产品

Yumi黄诗棋跨界美发业品牌!自创新产品,让她兴奋直呼“这就像自己的宝宝~”

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Fri, 3 Mar 2023
Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Hanez Masih Bahagia

Disebabkan Hanez dilihat aktif berniaga termasuk menjual sambal bilis, pelakon berusia 33 tahun ini terus dikatakan tidak lagi bahagia. Ish, tak baik tau…

Trending Fri, 13 Apr 2018

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Events Sun, 31 Mar 2019

World’s First Ant-Man and The Wasp Attraction Debuts in Hong Kong Disneyland

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! further expands Hong Kong Disneyland as Asia’s Marvel Hub.

Trending Sat, 14 Nov 2020
error: Content is protected !!