Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, penyanyi Judika juga merupakan seorang suami yang cukup romantis.

Buktinya, baru-baru ini Judika memberikan kejutan buat isteri tercinta yang meraikan ulang tahun ke 36.

Menerusi laman Youtube Judika, pelantun Aku Yang Tersakiti itu dilihat mengunjungi sebuah kedai emas di Jakarta.

Judika sanggup membelanjakan wang untuk membeli cincin berlian berharga Rp 506,900 ( RM 150,000). Hebat betul!

“Ini biar kamu tambah sayang sama aku,” kata Judika ketika memilih cincin buat isterinya.

Bukan itu sahaja, Judika turut meraikan ulang tahun Duma di salah sebuah hotel mewah dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat.

Ternyata ibu dua anak itu terkejut dengan hadiah diterima dari suaminya itu.

“Aku fikir kami hanya makan di restoran bersama keluarga. Makin tua makin romantis ya pah,” ujar Duma.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 31 Ogos 2013 dan memiliki dua orang anak iaitu Cleo Deora Boru Sihotang dan Judeo Volante Sihotang.

SGMS Faida