Categories: HiburanSelebriti

Busana Tudung Saji Rozita Che Wan Jadi Perhatian Ramai!

Penampilan pelakon Rozita Che Wan yang menggayakan busana ala ‘tudung saji’ berwarna jingga dalam sebuah rancangan televisyen berbayar baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai.

Namun, penampilan tersebut dikatakan seakan cuba mengikuti fesyen penyanyi Aina Abdul yang begitu berani menggayakan busana ‘pelik’.

Menurut Che Ta, dia tampil berani dengan gaya fesyen sebegitu kerana mengikut tema majlis dan dia cuba menggayakan busana yang sesuai sebagai penyampai anugerah.

“Pakaian saya yang ‘unik’ ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah,” kata Che Ta.

Walaubagaimanapun, Che Ta tidak kisah jika ada yang mengecam fesyennya ketika itu kerana dia tidak membaca komen.

“Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain