Categories: HiburanSelebriti

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Cantik sungguh! Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi foto terbaharunya yang kini sedang hamil lapan bulan di akaun Instagramnya.

Menerusi gambar istimewa itu, Azrinaz memberitahu dia mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan menjelang kelahiran bayinya nanti.

“Ambil beberapa gambar untuk digantung di dalam bilik nursery nanti sebagai kenangan manis dan reminder for the lil where he/she came,” tulisnya.

Foto maternity shoot itu mendapat pujian peminat yang rata-rata memuji wajahnya yang semakin berseri-seri.

Menerusi foto tersebut Azrinaz memakai serba putih dan tubuh serta perutnya dibalut dengan kain yang besar berterbangan.

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Azrinaz yang merupakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkahwin dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

SGMS Faida