Cantiknya! Raja Ilya Kongsi Gambar Pertama Selepas Bergelar Isteri

Buat pertama kali, pelakon Raja Ilya berkongsi gambar perkahwinannya yang berlangsung, Sabtu lalu.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkahwin dengan ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.

Ilya turut menulis ucapan terima kasih atas doa yang diterimanya menerusi laman Instagram sejak beberapa hari lalu.

“ Saya amat terharu dengan doa dan ucapan yang diterima. Dari sudut hati paling dalam, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, terima kasih atas segala pemberian, ucapan dan doa,” katanya yang cukup gembira bergelar isteri.

Terdahulu, Ilya memberitahu dia mengenali suaminya sejak 2012. Akuinya, dia menerima lamaran romantis berserta puisi nukilan jejaka Inggeris dikenali sebagai TWG itu sekitar Mei lalu.

Perkahwinan Raja Ilya dan suaminya diadakan dalam sebuah majlis tertutup di Perth, Australia.

SGMS Faida