Categories: Eat Travel

5 Tip Penting Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Nak Sewa Kereta Ketika Percutian Anda

Pernah tak anda mendengar rintihan daripada rakan-rakan yang pernah ditipu oleh penyewa kereta apabila mereka pergi holiday di sesuatu tempat? Mungkin ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berhabis duit dek kerana hendak membayar ganti rugi kan?

Ada juga yang kena tipu apabila perlu membayar wang deposit terlebih dahulu, tapi bila tiba hari yang dijanjikan bayang kereta pun tiada! Wang deposit pun lesap! Rugi kan? Ada juga dapat kereta sewa yang dah ‘buruk’, tak ada air cond dan sebagainya. 

Jadi, kalau tak nak situasi-situasi ini berlaku pada diri anda, jom ikuti tip ini sebelum nak menyewa kereta.

Foto: Deenamik.com

1. Pilih kereta yang selesa

Anda tidak perlu memilih kereta yang terlalu besar kecuali anda betul-betul membawa barang yang banyak ataupun ahli keluarga yang ramai. Paling penting sekali, dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang baik (sudah diservis dan bersih). Kereta yang bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.

2. Buat perbandingan

Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya boleh membuat perbandingan. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada ditipu dan dalam pada masa yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.

3. Pilihan di tangan anda

Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri sahaja! Sebabnya anda tidak akan terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.

4. Elak masalah

Untuk memastikan anda tidak terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindiket kecurian kereta dan sebagainya.

5. Tanya orang

Sekiranya anda merancang untuk mengunjungi destinasi tertentu yang pernah dikunjungi oleh kenalan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Cara ini akan membuatkan anda lebih berasa yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.

Jadi, sentiasalah berhati-hati dan ikuti tip ini setiap kali anda ingin menyewa kereta ya!

Sumber: Libur

tex_admin